Tuesday, 25 December 2012

KEKUATAN UNTUK SEMUA.

Pernah tak bayangkan macam mana rasanya, bila hati kita di hancur kan? Bila Kita kesepian Dan tak Ada orang nak Bantu? Bila Kita bertarung dengan kesakitan? Bila Kita fikir Kita hanya mampu berserah? Bila Kita tahu yang kita menangis tapi tak Ada orang sedar tangisan tu? Yang paling penting boleh tak Kita hadapi semua ni?

Seorang perempuan yang aku kenal, aku sanjung, yang aku Tabik, dia boleh hadapi semua ni. Dia bukan seorang anak orang kaya, bukan Ada duit Berjuta, bukan Ada BF yang boleh support dia, tapi dia kuat. Walaupon dia hadapi pelbagai masalah, dugaan, cabaran, dia masih bertahan, syukur alhamdullilah :)

Mungkin kalau aku berada di tempat dia aku dah lama jatuh terduduk menunduk ke tanah, tapi dia kuat, dia berdiri dengan keazaman, dengan harapan, dengan impian. Aku tahu dia boleh buat. Dia istimewa sebab dia hadapi semua dengan tenang Dan tabah. Aku percaya yang tukar sejadah tempat dia mengalirkan Airmata, tempat dia men usrah rasa, tempat dia mengadu kesakitan, tempat dia berserah keinsafan.

Kesedihan? Mungkin dah kering airmata dia mengalir kerana semua ini. Tapi aku tahu yang dia boleh capai ketenangan. Dan syukur alhamdullilah dia tenang :'). Senyuman? Semua boleh melihat senyuman manis dia, tapi hakikatnya senyumannya hanya pada bibir, pada hati, senyuman tu bercampur tangisan.

Sudah Cukup cukup sudah ~ dah jangan buat dia menangis lagi, dia kawan baik aku, dia teman paling aku hormati, dia senior, dia bagai kakak, dia bagai sahabat, Dan dia kuat untuk teruskan kehidupan dia. Dia Amalina :)

Amal Iqbal doakan Amal selamat dunia akhirat, Amal sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, Dan Amal Akan terus capai cita-cita Amal Amin :')

No comments:

Post a Comment