Wednesday 30 November 2011

Your Lips Like Sugar

Assalamulaikum bloggers! 

Hari ni, entry saya sedikit gila dan mengada-ngada. YOUR LIPS LIKE SUGAR . Okay sila lihat bibir anda pada cermin.

RRRRRrrrr ! Ermmm menggoda haha. Baikhlah dalam cuaca yang tak menentu macam sekarang ni, bibir kita or korang mesti merekah. PEDIH tauu ! essssshhh! sakit gila. Act saya pernah kena ehh, waktu tu pergi HONG KONG then sejuk sgt dkt sana. Hambik kau !! merekah then darah sikit. Pedih sangat!.
Sudah tersimpang jauh nampak dari entry sebenar nampak nye. Kembali kepada landasan ynag betul.

Kalau bibir kita merekah maknanya bibir kita kering.Untuk pastikan bibir kita sentiasa menggoda, lembab dan mantap seperti bibir ANGELINA JOLIE dan KILLA FAIRY, (untuk bukti yang lebih kukuh sila pergi ke Google Images and taip nama mereka , zoom pada bibir) terdpat 2 cara yang mudah dan senang.

AJ yang sgt menggoda bibirnya.

Killa Fairy yang mmmmmmm muncung comel sgt tu.


CARA-CARA MENGEKALKAN BIBIR YANG SIHAT.
1.Bancuh air suam dgn asam jawa n gula merah . Lepas tuu minum lah beberapa kali.
2.Pergi farmasi beli LIPBALM. Nak lagi best beli yang extra lembab. ! haha.


That's all for today. Thanks for your reading :)

Monday 28 November 2011

Tips Melancong - Holidays Tips

Hello bloggers sekalian !
Kebelakangan ini saya sangat rajin meng'Update' blog ini ya. Mungkin dapat idea sebab selalu baca blog my idola HANIS ZALIKHA yang cantik lagi manis. I adore her. Okay, entry ini di ilhamkan kepada sesiapa sahaja untuk bacaan semata-mata. Maklumlah, sangat rajin meng'update' dan entry ni di terbitkan (cehhh! bajet penerbit majalah je) sempena CUTI SEKOLAH yang telah bermula.

Kepada sesiapa yang dapat meluangkan masa pergi bercuti ~ UNTUNGLAHHHHH korang.




ELAK PENYELUK SAKU & PERAGUT

Korang kenal apa itu PENYELUK SAKU dan PERAGUT ???

Ini lah penyeluk saku.

Ini pula peragut.


Walaupun bercuti, kita mesti nak nampak cantik, segak dan menawan bukan?. Disebabkan itu ada sesetengah orang mengenakan pelbagai barang kemasan diri.

Semua nak branded punya kan. Hee XD actually saya pon kekadang sama jugak haha.

1。Ini akan mengundang masalah kerana kita mampu menarik perhatian PENYELUK SAKU dan PERAGUT yang sentiasa memerhatikan kita. They are so CARING right?? (asyik tengok KAN kita je).

2。Untuk KESELAMATAN ketika melancong, kurang kan lah memakai barangan yang 'branded' dan for girls ! barang KEMAS yang mahal-mahal sehingga mencecah ribuan ringgit $$$ (jika ada). Gadjet yang canggih sangat pon mampu menarik perhatian si CARING itu.

GADJET pon dah bernilai **** 4 digit. Ka-ching, ka-ching $$.



3。Boleh kalau kita nak bawa gadjet ke barangan branded kesayangan, tapi please ensure that kita kena berhati-hati dan jangan cuba untuk menarik perhatian si CARING yang berlegar-legar di sekeliling.

4。Ade sesetengah pihak yang membawa dan memakai barangan yang branded serta kemasan diri hanya sekadar untuk tampak menawan. Ada juga yang berpendapat dengan memakai barangan tersebut dapat MENARIK perhatian JEJAKA dan JELITAWAN untuk jatuh hati. TAPI ! kita kena sedar, pemakaian sebegini dapat mengundang padah.

# Bagi saya kan, tak perlu pakai over-over ketika bercuti kerana bercuti untuk kita berehat dan pemakaian yang selesa dapat menaikkan lagi keceriaan ketika bercuti atau melancong.

# Tawan - menawan bukan ini masanya, kalau ade rezeki ade lah yang tersangkut, kalau x maknya x de rezekilah tu. Lagipun tawan hati orang lain dengan PERSONALITI kita yang TERSENDIRI itu lebih baik.

Sunday 27 November 2011

Kenapa Lelaki Menangis dan Tips Ketika Melancong

Assalamulaikum ! Hello Bloggers. Hari ni kita akan membicangkan beberapa topik yang best. Hopefully this entry will give us new knowledge :)


KENAPA LELAKI MENANGIS ? ?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.



Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur. Sebagai seorang 'Man blogger' memang tidak di nafikan lelaki memang susah untuk menangis demi perempuan.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.



In addition, lelaki juga akan menangis di sebabkan oleh sebab-sebab yang berikut ;

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


TIPS BERJIMAT KETIKA MELANCONG


Baiklah, saya mendapat idea untuk menerbitkan entry sebab bulan NOVEMBER dan DISEMBER memang ramai yang akan pergi HOLIDAYS, wooooo!! best tu. Baiklah tips ini adalah rekaan saya sendiri setiap kali melancong ke oversea. Kalau anda rasa salah sila lah comment dan tambah pengetahuan kita bersama ;).

Gambar ni waktu dekat Gold Coast, Australia Airport.

Let's go for holidays guys ! but bear in your mind, amal kan tip ini.


* Bawa makanan ringan

BAWALAH makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi. Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari, maklumlah kan dekat negara orang semua tempat nak pergi hehehehe. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam, dan yang paling penting kekadang makanan yang di sajikan tidak sedap serta kita tidak selera untuk memakannya.


Apabila kelaparan dan kesejukan inilah jadinya, makan makan ringan di tepi jalan. Ouh Rayyan! I miss you lah. Ni bukan anak terbiar ya, tapi sepupu ku yang paling kecil sedang kelaparan hahaha.

* Sentiasa bawa botol air

JIKA sentiasa membeli air, tanpa disedari kita sudah membelanjakan hampir ratusan ringgit kerana air saja. Andai kata satu botol air di negara Eropah berharga dua hingga tiga Euro, sehari kita beli tiga kali dan harganya mungkin dekat 10 Euro. Jumlah itu sudah mencecah RM50 sehari. Kalau seminggu pula? Pasti banyakkan. Jadi, dengan membawa botol, ia akan lebih menjimatkan. Ini kerana di Eropah air paip selamat diminum. Kalau ada botol air, isikan saja air di mana-mana stesen air yang dijumpai. Minum lah air secukupnya, perubahan cuaca menyebabkan bibir kita kering dan berasa pedih.


* Jalan kaki

RAJIN-rajinlah berjalan kaki ketika melancong. Banyak tempat atau benda menarik yang boleh dilihat jika berjalan kaki. Apa yang paling penting, kita juga dapat berjimat sedikit kerana tidak perlu membayar tambang bas. Duit itu, sudah pasti boleh digunakan dalam banyak hal seperti shopping ;D hehe.



* Cari pakej murah

UNTUK menjimatkan lagi perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yang menarik dan murah. Jika nak lagi murah, cari sahaja numbur telefon sahabat yang berada di oversea dan minta lah pertolongan mereka. Kadang-kadang ada hostel murah yang memberi sarapan pagi percuma. Jadi dengan bersarapan, perbelanjaan untuk membeli makanan sudah dapat dijimatkan. Selain itu, di beberapa tempat di Eropah seperti di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop off. Anda boleh naik dan turun di mana-mana saja selama 24 jam. Dan yang paling menarik, bas itu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Jadi, sebelum pergi bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yang mungkin. Lebih baik, sebaik sahaja turun dari pesawat terus berkunjung ke Tourism Center, pelbagai maklumat terdapat di sana.



* Beli makanan di kedai runcit

DI negara Eropah, untuk berjimat, beli makanan di kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah kompleks membeli-belah yang ada ´grocery store.´ Masukkan semua barang yang dibeli itu ke dalam beg dan bila waktu makan, hamparkan kain sarung dan berkelah di mana-mana tempat yang menarik.Ini kerana jika makan di restoran, harganya di antara 10 dan 15 Euro seorang. Makanan halal jarang dipaparkan di menu.Di kebanyakan negara Eropah, anda mudah mendapatkan kebab, malah harganya berpatutan, antara tiga dan 12 Euro. Jimat duit, perut pon kenyang.




That's all my tips. I hope you all will enjoy your holiday, have fun guys !. Australia, Germany, Hong Kong and Los Angeles are ideal place for holidays.

Saturday 26 November 2011

Shopping And Healthy Eating Tips

SHOPPING FIRST


Assalammualikum and Hello ! my fellow bloggers !. How are you guys? I hope you all in the pink. :) (maksudnya sihat sejahtera ye english proverbs kot) hehehe. Okay hari ni, Ebal nak cerita pasal my short hang out at Jalan TAR and KLCC. I love it !.

GUYS ! 24-11-2011 OR FRIDAY OR JUMAAT, Ebal mamper ke Klcc dan Jalan TAR dong. Actually kami plan nak pergi Jalan TAR je, sebab nak beli my cousin punya baju kurung polka dot merah hitam untuk di pakai pada majlis perkahwinan my cousin yang lain ye. Baiklah KAMI di atas merujuk kepada My sister, my cousin Teah, my parents and I. Punya lah best pergi Jalan TAR, baru je sampai dalam half an hour je, Teah dapat baju dia. Ouh goshhh ! Cepat nya kan?. Then ibu pon kata nak pergi RATU untuk beli tudung yang di pesan oleh kak Fiza dan mencari tudung untuk Teah tapi akhirnya ibu yang beli dan mak pon dapat sehelai (mak is teah mom's and I call her MAK, akak kepada my mom).


Semua dah dapat barang masing-masing, even pak andak (abang my mom) pon dapat baju batik sehelai berharga dalam RM 150 something for my cousin wedding. Waktu tu, Ebal je x beli apa-apa (serius jealous) haha :P. Jam baru menunjukkan 5.30 petang dan masih awal, kami pon decided untuk berjimba-jimba di KLCC.


Sampai je KLCC kami terus pergi La Cucur untuk mengisi perut yang dah berbunyi dan menyanyi-nyanyi ye. Emm, memang sedap lah makan dekat situ kan, nasi tomato, laksa, lontong, pulut panggang and so more. It's all our food ! hahaha banyak kan kami makan??? Habis je mengisi perut dengan makanan yang banyak dan sedap, kami terus pergi cari Quicksolver and Roxy sebab nya my sis ni nak beli handbag baru pulak kan !. Haaa! Hambik kau, sampai je terus cekau satu hand bang cantik lahh jugak, yang penting my sis ade taste !


Harga bag ni ialah RM 179 something, KA-CHING, KA-CHING.


Then kami singgah Romp untuk tengok-tengok baju yang baru, tapi x ade yang cantik terus pergi dekat center court. Emmm, mmg banyak jugak lah kami beli barang ye. STOPP ! Ebal singgah dekat my favourite shop TOPMAN haa dapat jugak beli sehelai seluar skinny jeans warna HIJAU haha. My mom said ;

Ibu : Adik, kenapa beli warna hijau, x rasa ke warna dia sedikit merela (MEREPEK)??
Me : X lahh ibu, act mmg dah lama nak pakai sekuar ni ! hehe. Menyerlah sikit lain daripada yang lain.
Ibu : Ibu x kisah lahh, janji nnty adik pakai ye.
Ka-ching, ka-ching amboi ! Seluar je harga RM 117 ye. Memang mulut Ebal x lengkang dengan ayat “Terima kasih ayah ibu”. Senyum sampai ke telinga . 

In the same time, my sis with my cousin dah hilang rupanya pergi Romp lagi sekali nak beli T-shirt untuk my sis punya BF (ouh so sweet :P) . Sempat pulak kami singgah dekat GIORDANO beli T-shirt I love Malaysia. My cousin dengan Ebal beli t-shirt yg sama tau. Kami nak pakai sama-sama nnty hehehe.



Pose dekat klcc jap, berhenti rehat sementara memikirkan destinasi yang seterusnya haha.

Candid beb! haha, thanks to Teah.


Setelah penat berjalan kami pon naik lah level 3 plan nak makan dekat Chilis. Poor my dad dah lama teringin nak makan dekat situ butttt kena tunggu 1 jam, terus turun level 2 makan dekat food court je.

Then kami pon balik, but tersalah jalan smpai tersesat dekat NKVE ye. PENAT tapi ENJOY.



HEALTHY EATINGS TIPS SECOND

Manis Membahayakan Kesihatan
Sedarkah korang, bahawa ada di antara kita yang mungkin tergolong dalam golongan yang OBSES dengan makanan yang manis atau pon BERGULA? Sehinggakan nak makan or minum pon mesti ade rasa manis je ! .Kalau x makan or minum makanan yang manis, rasa x selesa dan satu hari macam x lengkap je hidup. 




CAREFULL, BERHATI-HATI !!! Seperti yang kita selalu dengar pengambilan terlalu BANYAK gula akan mendatangkan penyakit kronik.

nampak sedap tapi jika berlebihan jadi bahaya !

Nak tau kita ni obses pada gula atau tak?? Let’s try this test ! Say YES or NO okay then take a note and count it for our good.




1-Adakah anda kerap mengambil makanan MANIS, TEPUNG dan NASI PUTIH dalam sehari?

2-Senaraikan 5 makanan yang kamu gemari. Apakah kesemunya mengandungi KARBOHIDRAT, GULA, MINYAK atau LEMAK?

3-Adakah anda sering membeli kentang goring atau makanan ringan yang lain?

4-Adakah kamu rasa pelik jika menonton TV tanpa mengunyah SNACK?

5-Adakah makanan yang mampu memberikan kelegaan pada kamu ialah makanan yang kaya dengan GULA, TEPUNG, dan LEMAK?

Jika kamu menjawab YES untuk 3 atau lebih bagi soalan yang di atas, TERBUKTILAH yang kamu seorang yang OBSES pada gula dalam menu harian. Tidak hairanlah berat bdan korang tak boleh nak turun-turun hahahah ! walaupon mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi sebelum kesan yang lebih teruk datang lebih baik kamu kurangkan gula dalam menu harian.


Penyakit kronik seperti Jantung, Diabetes dan Obesity mudah menjangkiti kita. Jadi jagalah pemakanan kita :) 


Bye guys ! I hope you all enjoy reading my paragraph ! hehehe sory kalau ade wrong words or spelling. No body perfect right?. See you soon.

Wednesday 23 November 2011

Merindui Kamu

Sudah sekian lama pertemuan kita, dan tak sangka akhirnya aku mengatakan dengan sejujurnya perasaan ku terhadap kamu. Alhamdullilah, kamu menerima dengan setulus hati kamu. Kesopanan dan budi bahasa kamu, telah memikat mata aku untuk terus melihat serta mendalami hati kamu.Sejujurnya aku tidak pernah terfikir untuk melupakan kamu, tapi situasi yang aku sangka sentiasa akan menjadi gembira ZZZZZPPPPPPZZZ!!! bertukar menjadi derita.

Aku tau aku tidak setanding dan dan sepadan dengan kamu. Namun pertemuan kita ku anggap sebagai satu anugerah bukan kebetulan. Mengenali mu mengajar aku erti kehidupan, dan mengajar ku untuk lebih berusaha serta prihatin terhadap antara satu sama lain.

Melihat kamu ketawa, gembira dan riang merupakan antara perkara yang penting dalam hidup ku. Aku merindui lirikan mata kamu yang menggambarkan seribu pengalaman penuh bererti.Aku berundur demi senyuman mu, kamu berhak mendapat yang lebih baik daripada ku.

Monday 21 November 2011

Went, Saw and Done.

Hello bloggers ! How are you all? Harap semua sihat erkk. Okay cuti sekolah dah start lama dah, tapi tahun ni aktiviti paling bosan bagi saya ! Everyday pergi KL (kuala lumpur not kandang lembu). Maklumlahh tahun ni x pergi travel jauh-jauh sbb bulan 3 hari tu baru je balik dari Australia. X pe redha :') lagi pon my sis dah balik KPTM nye. Jadi terpaksa lah I dok umah, kemas-kemas, masak-masak dan tidur-tidur.

By the way, banyak jugak aktiviti yang Ebal buat di sepanjang cuti ni tapi cuti x habis lagi kan. Selalunya Ebal akan pergi jalan-jalan dekat The Curve dgn Ikea Mutiara Damansara. Shopping dekat situ best ! Banyak benda boleh cari. Sekarang ni, sejak rajin kemas rumah ni, Ebal suka beli barang perhiasan rumah dekat Ikea. Tak mahal sangat, tak murah sangat kata orang resonable price ! hahaha. Namun begitu banyak jugak lahh Ka-ching, Ka-ching yang keluar kan $$. hehehehe,.

ni lah antara barang yang ana beli di Ikea lah ~

Satu troli penuh tau! Total amount nye RM 400.00 something, I didn't remember it. Ka-ching, Ka-ching ($,$).

Balik je rumah, terus Ebal tukar baju kemas rumah dengan my mom. Hambik kau! Meja makan dah siap setting ala-ala Hotel kata nya hahaha. Ni lah jadi nya kalau x de kerja dan kebosanan.

Berbaloi ye, dengan harga RM 400.00 banyak benda aku boleh beli #kauade?# hehehe dan ni lah antaranya !

Ehhhhhh lupa nak bagi tau. Sebelum pergi shopping, Ebal pergi lunch dekat GOLDEN TRIANGLE, The Curve maklumlah The Curve, Ipc and Ikea are in one place (sebelah-sebelah je ) jadi nya senang lahh nak pergi antara satu sama lain. Heee restaurant tuu namanya Asam Pedas. Memamng sedap lahh makan asam pedas ikan merah dekat situ ! I love it.

Ni lahhh ulam-ulaman yang my mom makan hehehe.

Semalam I went to Central Market weyh ! Actually saja jalan-jalan then terjumpa Wau Bulan. Mahal nya lahhh harga benda ni, RM 280 ++. Terus x jadi nak beli heee XD.

Heee XD x percaya harga benda ni !




Thursday 17 November 2011

Sayangi Mereka

Sayang bukan satu istilah mudah. Sayang ada banyak makna eh and for me sayang is for my family, friends and to my lovely girl ouh, I miss you :). I was born in 06/07/96, (salin and bagi hadiah don't forget it) hehe.

My mom is Zalina Bt Bahamin and my dad is Abdul Halik B Razali. I love them so much. Love, love, love, love!


my family of course, I love them so much, my sister and my other
family. (Xkan lah nak tuli semua nama kan)





Beside them, I also love all my friends. Korang penting dalam hidup aku tau. We share our memories together. Kalau ada kawan, sayangi lah mereka sepenuhnya. Persahabatan adalah satu anugerah jadi jaga dan simpan lah ia di dalam hati dan diri kita.







Sayangi lah mereka yang penting dalam hidup anda. Kerana menyayangi lebih mudah dari mencintai. Don't talk about love if you don't have that feelings. Appreciate them and they will appreciate you.

p/s : undilah HANIS ZALIKHA yang comel for most influential vlog. Dia Idola saya. http://inibelogsaya.blogspot.com/

Monday 7 November 2011

Rahsia Kerjaya Profisional

JURUTERBANG/PILOT
Bayangkan jika anda salah seorang dari juruterbang yang menerbangkan pesawat Airbus A320 dalam masa beberapa tahun akan datang. Rutin harian anda ialah pergi ke LCCT setiap awal pagi dengan memandu sebuah kereta import. Tiba di sana anda mendaftar masuk ke pejabat urusan juruterbang dan mendengar beberapa taklimat ringkas mengenai tugas yang perlu anda jalankan pada hari tersebut. 30 minit kemudian anda menuju ke pesawat dan masuk ke dalam dek penerbangan untuk membuat pemeriksaan sistem avionik pesawat.
Selepas memastikan semua sistem pesawat dalam keadaan baik, anda menghidupkan enjin pesawat untuk menggerakkanya ke bangunan terminal untuk mengambil penumpang dan krew penerbangan. Sebaik sahaja pintu utama kabin pesawat ditutup, anda sebagai Kapten pesawat meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas. Pesawat meluncur laju di landasan dan terbang menembusi awan ke destinasi yang hendak dituju.
Semasa penerbangan anda boleh menyaksikan keindahan pemandangan Matahari terbit di waktu pagi. Pemandangannya sangat cantik sehingga membuatkan anda berasa sangat bertuah kerana berjaya mencapai cita-cita anda menjadi seorang juruterbang dengan bayaran bulanan yang agak lumayan. Pasti anda berasa sangat bangga apabila ramai orang yang mengenali anda berasa kagum dengan keberanian anda menerbangkan sebuah pesawat berteknologi canggih menembusi langit.


Berikut ialah 4 mitos terbesar mengenai kerjaya juruterbang.

Mitos #1: Satu-satunya cara menjadi juruterbang ialah dengan menjalani temuduga dengan syarikat penerbangan.

Ramai orang cuba menjadi juruterbang dengan membuat permohonan menjadi juruterbang kadet di syarikat penerbangan. Kaedah ini sangat sukar kerana daripada setiap 16 orang calon yang ditemuduga, Malaysia Airlines System hanya memilih seorang sahaja yang terbaik untuk dilantik menjadi juruterbang kadet. Kaedah ini sangat kompetitif dan biasanya anak-anak juruterbang dan kakitangan MAS sendiri akan diberi keutamaan terlebih dahulu.

Jika anda menjalani proses temuduga dengan cemerlang, kemungkinan besar anda akan mendapat tempat menjadi juruterbang kadet. Tetapi jika tidak berjaya, anda haruslah bersedia untuk mencuba dengan menggunakan kaedah lain. Kebanyakan orang yang tidak layak memohon atau gagal dalam ujian temuduga juruterbang kadet akan terus berputus asa dan melupakan impian mereka.

Mitos #2: Hanya yang mendapat keputusan SPM sangat cemerlang sahaja layak menjadi juruterbang.

Kebanyakkan pelajar lepasan SPM akan berasa putus asa apabila mendapat keputusan yang kurang cemerlang dan terus melupakan hasrat menjadi juruterbang. Yang sebenarnya terdapat beberapa jalan lain yang masih terbuka untuk mereka tetapi memakan sedikit masa. Semuanya akan diceritakan dengan lebih terperinci di dalam eBuku Panduan Kerjaya Juruterbang Profesional.

Jalan lain ini juga boleh diaplikasikan oleh mereka yang belajar di universiti atau yang sedang bekerja tetapi merancang menjadi juruterbang pada masa akan datang.

Mitos #3: Rabun mata tidak boleh dirawat.

Salah satu syarat menjadi juruterbang ialah mempunyai tahap penglihatan mata 6/6 tanpa sebarang alat bantuan optik. Ramai yang menghadapi masalah ini dan tidak tahu bahawa penyakit rabun mata mereka boleh dirawat sebenarnya.

Rabun mata bukanlah penyakit genetik yang tidak boleh dirawat. Rabun mata hanya berlaku disebabkan tabiat permakanan yang tidak seimbang, tidak menjaga mata dengan baik atau pernah tercedera. Di dalam eBuku Panduan Kerjaya Juruterbang Profesional, anda akan didedahkan 2 rahsia mudah bagaimana untuk memulihkan tahap penglihatan mata anda sama ada dengan mengeluarkan sedikit belanja atau secara percuma.


PRAMUGARA/PRAMUGARI

Saya pasti remaja pada masa kini, amat meminati kerjaya ini. Berkerja dengan gaya penampilan yang mengagumkan anak muda, imej krew kabin ini sering menonjolkan prestij sesebuah syarikat penerbangan itu sendiri.

#Tahu banyak bahasa.
Dari sudut cabaran seorang krew kabin,perlu fasih serta menguasai banyak bahasa dan mampu bertutur dengan baik. Paling kurang anda perlu menguasai Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Tetapi adalah satu 'option' dan 'bonus' jika anda mampu menguasai bahasa Mandarin, Perancis,Arab dan sebagainya.


#Senyuman adalah penampilan utama
Jika berminat menjadi seorang krew kabin, pastikan anda pemurah dengan senyuman. Dalam apa jua situasi penampilan seseorang krew kabin itu harus lengkap dengan senyuman. Sama ada sewaktu bertugas atau pon tidak, senyuman harus terus mekar di bibir anda.

~Semoga anda gembira dengan profesion yang profisional ini. Terbang dan lebarkan sayap anda !.