Thursday, 12 January 2012

MANDI PELUH SERONOK

See the tittle, ha! hari ni Iqbal bermandi peluh bukan setakat mandi je ye, siap berendam dah macam kerbau berkubang dekat  dalam lumpur. Korang tau, hari ni Iqbal pergi Kejohanan Merentas Desa. Ya Allah ! penat sangat, jauh gila track dia. Anyway everyone enjoy ! So Iqbal nak cerita keEXCITEDkan student SYED MASHUR pada hari ni.

SEBELUM MERENTAS DESA ;
Hari ni Iqbal bangun pukul 6.30 pagi *macam biasa lah kan* then kayuh basikal dengan perasaan yang berkobar-kobar sangat nak pergi berlari dekat sekolah nanti. Sampai je dekat pagar sekolah, ZPPPPPP ! terkejut gila, sebab first time Iqbal tengok pelajar SYED MASHUR datang awal dengan kuantiti yang ramai !. Ouh myyyy !!! macam tak percaya. Then terus pergi lepak dekat kantin dengan Qamarul and Ashraff Kong *nama dia memang pelik*. Ambik nombor lepas tu tukar balik sebab salah ambik nombor, dah lahh dekat kantin tu macam sardin ! bising sangat . At last dapat lah nombor 552. This year, saya adalah anggota RUMAH HIJAU .


Bangga saya ! hahaha. Lepas kekecohan di kantin berakhir, semua students di arah oleh cikgu-cikgu, untuk beratur di padang. Semangat semua !. Then warm-up lahh bagai semua nya lah kan.. Padahal kami bukan warm-up pon, main korek-korek tanah lagi best!, hahahaha. Yang seronok nya ada pulak budak yang buat BREAK DANCE dekat tengah padang tu, semua tengok dan sorak "huuuuu,! huaaa !, waahhh!.." dah macam dekat konsert SEPET

SEMASA MERENTAS DESA ;
Tersangat lah bangga sebab sekarang ni Iqbal dah masuk kategori bawah 18 tahun. Haa! Mula je terus semua lari macam kena kejar dengan anjing. Sampai pagar sekolah dah perlahan, then naik bukit perlahan lagi, sampai ligamas ramai student yang bersemangat sangat tadi  terus bertukar dari berlari pecut kepada itik pulang petang. Dah penat dah sampai situ hahaha. Haus dan nak pengsan itu je yang Iqbal rasa. Tapi masih berlari ye, *kekadang je berhenti*. Track kali ini ialah sepanjang 7.5 kilometer rasanya lah. Sempat pulak bertegur-teguran dengan pelajar SMK BANDAR BARU yang sama merentas desa dengan kami hohoho, berselisih kannn. LARI ! LARI ! LARI ! tuu je lah ayat cikgu-cikgu waktu tengok kami melintas hahaha. Dalam pukul 10 setengah pagi rasanya kot, Iqbal sampai dekat sekolah. Kalah je ! hahahaha. Penat teramat lah penat.

SELEPAS MERENTAS DESA ;
Bau badan tak payah cakap lah, semua dah bau KEPAM, yackkss ! termasuk lah diri sendiri *WHAT THE!* hahaha. Sampai je, ramai yang cari air untuk membasahkan tekak yang dah merana kehausan. Iqbal terus beli air Tea O ais dekat mak cik kantin yang hot tu. Mak Cik kantin saya kan, kan, dia kan hottt! macam DATIN -.- korang ada? mesti tak da kan (just joking). Minum air sambil terduduk kepenatan then Khairi ajak Iqbal pergi lepak dekat depan pejabat, memang best lahh sebab tak ada orang dekat situ. Then before majlis bersurai ada penyampaian hadiah. Tahniah pada semua yang menang and untunglah korang (Khairi dapat nombor 15, Dheeno nombor 16 & Eng nombor 4) untung lahhh dapat medal hahahaha. Juara keseluruhan ialah RUMAH MERAH, naib johan ialah RUMAH HIJAU dan selebihnya faham-faham sajalah.  Balik semua muka penat ! =,= >.< !

Okay guys ! Ini sahaja kali ni. My homework berlambak tak buat lagi. 
P/S : Homework bertimbun sebab tak berapa sihat then kena repeat semua hari yang Iqbal tak datang :| . 

No comments:

Post a Comment