Saturday 31 December 2011

BAWA SAJA KU KEMANA KAU SUKA

Assalamualikum, bloggers sekalian ! Nampaknya 2011 akan berkahir dan akan muncullah era 2012. Semua kenangan kita 2011 mesti kena simpan dalam kotak firkiran. Jangan lah jadi kacang lupakan kulit, bila kawan-kawan tanya pasal kenangan last year terus je jawab *"Ha ! aku lupa lah, banyak sangat tertelan semut kot"* what the!  lah kan, ni lah antara kawan 2011 yang akan kena delete from friendlist dekat facebook eh heheheh. Sebelum terlupa nak ucapkan kepada semua HAPPY NEW YEAR 2012.



So for the new year ni, Iqbal nak redha dengan keadaan sekeliling. Just go with the flow ~. I'm going to be a little bit buzy sebab ZAMAN PERSEKOLAHAN akan bermula kembali *dalam hati korang mesti harap, cepatlah habis sekolah kan, malas nya nak bangun pagi-pagi then start motor pergi sekolah, tidoq lagi best !* hahaha, sebab nya Iqbal pon rasa macam tu juga.

Okay awal tahun mesti budak-budak sekolah rendah yang gedik-gedik akan kecoh promote barang-barang baru dorang dekat kawan sebeleh sebab hasrat utama nak biar orang sebelah tu JEALOUS *"weyh ! aku beli bag baru dekat everyday shop tau, cantik ada gambar angry bird lagi, kau tak beli beg baru eh?"*. Hergghh ! Tolong lah dik, kawan sebelah kamu tu, mesti rasa nak koyak-koyakan bag kamu lepas tu buang dekat Sg Gombak. PADAN MUKA KAU ! hahahaha # just joking lah

Sebenarnya, tahun 2012 I will make some change. Tak nak jadi pengawas, but I want to be nerd student. Kalau boleh nak biar orang cakap *" Iqbal, kau ni macam budak sekolah rendah lah,"* boleh perasan muda sikit haha. Iqbal nak ambil lesen motor yeah! Lepas ni boleh lah bawak motor pergi sekolah *aku bawak motor baru ni, hai cik adik ! nak tumpang abang*  : P tak boleh blah punya ayat ! hahahaha.

Lastly, Iqbal nak minta maaf dekat semua if ada melakukan kesilapan dalam penulisan entry saya yang lama, ada yang terasa dengan semua yang Iqbal tulis dekat belog ini, maaf korang. Just wanna make everybody happy :). Sharing is caring. I hope all my AZAM 2012 akan tercapai and hope fully azam korang pon akan tercapai. Semoga berjumpa lagi, pada tahun 2012 insyaAllah :).

"Ya Allah, aku bersyukur kepada mu kerana telah memanjangkan umur ku sehingga ke saat ini. Terima kasih ya Allah atas segala rezeki kurniaan mu pada tahun 2011. Hidup dan mati ku hanya untuk mu Ya Allah. Kau ampunkah lah segala dosa-dosa ku, sesungguhnya kau maha pengampun."

1 comment:

  1. Hello, I'm Nada. I just wanna say Happyy New Year n hope you will have a great year

    --- HELLO ,
    ◕▄███▄◕──◕▄██▄◕──◕▄███◕─◕▄███▄◕ ◕▀──██◕─◕██──██◕───◕██◕─◕▀──██◕ ◕──██◕──◕██──██◕───◕██◕─◕──██◕ ◕─██◕───◕██──██◕───◕██◕─◕─██◕ ◕█████◕──◕▀██▀◕───◕▄██▄◕◕█████◕
    HAPPY NEW YEAR !!!

    ReplyDelete