Sekarang ni ramai orang suka jaga badan dengan mengamalkan diet. Tapi ada sesetengah yang telah berdiet selama berbulan-bulan mahupun bertahun-tahun masih lagi tidak nampak slim *tidak ada perubahan* hahaha. Nampak tajuk kita hari ini? DIET TAPI GEMUK, sebenarnya tertinggal MASIH so it should be DIET TAPI MASIH GEMUK.
Bukan nya nak menghina atau pon mengutuk, Iqbal just nak berkongsi something yang bermanfaat untuk kita semua. Baiklah, untuk pengetahuan korang tak ada gunya nampak slim kalau khasiat diet yang sepatutnya tidak diperoleh sebab nanti kita jugak yang akan dapat effect nya *pengsanlah, gastric and so more lah *. Tidak salah amalkan diet tetapi mungkin diet yang kita amalkan salah dan tidak menjadi. Ini lah puncanya !
TERSALAH DIET *alamak ! aku dah diet berbulan-bulan rupanya salah*. Its okay, don't be afraid. Mari kita betul kan yang biasa dan biasakan yang betul !
TANDA-TANDA DIET YANG SALAH
- Berasa mual, pening dan sesak nafas.
- Mudah letih, lesu dan tidak bermaya.
- Sering membuang air kecil dan besar.
Nak tau tak, manusia selalu melakukan 4 KESALAHAN DIET yang asas. Kesalahan ini akan membuatkan kita terus kekal dalam berat badan yang sama dan mungkin menambah kan lagi BUKAN mengurangkan nya.
1 TIDAK BERSARAPAN
Ramai antara kita tidak mengambil sarapan pagi dengan memberi alasan "Sorry lah weyh, aku diet ". Tolong lah! ia nya salah !. AWAS ! Tidak mengambil sarapan pagi sebenarnya boleh merosakkan program diet kamu. Kita akan lebih cenderung untuk mengambil makanan yang berat pada waktu lunch and mula lah pukul 11.00 pagi dah terfikir dekat fikiran "haishhh lambat nya waktu lunch ! nak makan apa hari ni ek? emmm lapar !" kann. Kita akan makan tengah hari terlalu banyak dan ia mengganggu diet kita.
2 MAKAN ATAS DASAR KAWAN-KAWAN
Bila keluar hang out dengan kawan-kawan selalunya kita akan makan di restaurant yang sedap-sedap, biar kecoh satu restaurant kan hahaha. Kawan-kawan kita mesti memesan pelbagai hidangan istimewa yang lazat dan menyebabkan kita berasa terlampau berselera nak makan. Akibat terpengaruh dengan ayat "Weyh ! makan lah, banyak aku order ni, sedap pulak tu ! rugi kau tak makan !!" kita akan melanggar amalan diet kita. Sila elakkan perkara sebegini untuk berulang dan kita mesti mendisiplinkan diri.
3 TIDAK TIMBANG BERAT
Sama ada berat kita naik atau turun, kita mesti menimbang berat 4 atau 5 kali setiap hari *ni tak tau lah betul ke tak eh, sebab terbaca dalam majalah je* hehe. If berat kita tidak berkurangan atau pon semakin meningkat itu menandakan ada yang tidak kena dengan amalan diet kita itu. Jadi lakukan sesuatu.
4 TERLALU BERHARAP AGAR BERAT TURUN MENDADAK
KESABARAN adalah penting dalam memastikan diet berkesan. Tak boleh lah berfikiran *hari ni aku tak makan nasi just makan roti je, sure lah kan esok aku loss -20 kg*. Ramai yang terlalu mengharapkan agar berat badan turun secara mendadak dan kecewa jika ia tidak berlaku. Nasihat Iqbal jangan terlalu berharap dan mengharap.
Okay guys ! I hope this entry can help us to increase our health. See you soon, I'm sorry if ada yang terkasar bahasa :)
No comments:
Post a Comment