KENAPA LELAKI MENANGIS ? ?
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur. Sebagai seorang 'Man blogger' memang tidak di nafikan lelaki memang susah untuk menangis demi perempuan.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
In addition, lelaki juga akan menangis di sebabkan oleh sebab-sebab yang berikut ;
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
TIPS BERJIMAT KETIKA MELANCONG
Baiklah, saya mendapat idea untuk menerbitkan entry sebab bulan NOVEMBER dan DISEMBER memang ramai yang akan pergi HOLIDAYS, wooooo!! best tu. Baiklah tips ini adalah rekaan saya sendiri setiap kali melancong ke oversea. Kalau anda rasa salah sila lah comment dan tambah pengetahuan kita bersama ;).
Gambar ni waktu dekat Gold Coast, Australia Airport.
Let's go for holidays guys ! but bear in your mind, amal kan tip ini.
* Bawa makanan ringan
BAWALAH makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi. Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari, maklumlah kan dekat negara orang semua tempat nak pergi hehehehe. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam, dan yang paling penting kekadang makanan yang di sajikan tidak sedap serta kita tidak selera untuk memakannya.
Apabila kelaparan dan kesejukan inilah jadinya, makan makan ringan di tepi jalan. Ouh Rayyan! I miss you lah. Ni bukan anak terbiar ya, tapi sepupu ku yang paling kecil sedang kelaparan hahaha.
JIKA sentiasa membeli air, tanpa disedari kita sudah membelanjakan hampir ratusan ringgit kerana air saja. Andai kata satu botol air di negara Eropah berharga dua hingga tiga Euro, sehari kita beli tiga kali dan harganya mungkin dekat 10 Euro. Jumlah itu sudah mencecah RM50 sehari. Kalau seminggu pula? Pasti banyakkan. Jadi, dengan membawa botol, ia akan lebih menjimatkan. Ini kerana di Eropah air paip selamat diminum. Kalau ada botol air, isikan saja air di mana-mana stesen air yang dijumpai. Minum lah air secukupnya, perubahan cuaca menyebabkan bibir kita kering dan berasa pedih.
* Jalan kaki
RAJIN-rajinlah berjalan kaki ketika melancong. Banyak tempat atau benda menarik yang boleh dilihat jika berjalan kaki. Apa yang paling penting, kita juga dapat berjimat sedikit kerana tidak perlu membayar tambang bas. Duit itu, sudah pasti boleh digunakan dalam banyak hal seperti shopping ;D hehe.
* Cari pakej murah
UNTUK menjimatkan lagi perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yang menarik dan murah. Jika nak lagi murah, cari sahaja numbur telefon sahabat yang berada di oversea dan minta lah pertolongan mereka. Kadang-kadang ada hostel murah yang memberi sarapan pagi percuma. Jadi dengan bersarapan, perbelanjaan untuk membeli makanan sudah dapat dijimatkan. Selain itu, di beberapa tempat di Eropah seperti di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop off. Anda boleh naik dan turun di mana-mana saja selama 24 jam. Dan yang paling menarik, bas itu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Jadi, sebelum pergi bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yang mungkin. Lebih baik, sebaik sahaja turun dari pesawat terus berkunjung ke Tourism Center, pelbagai maklumat terdapat di sana.
* Beli makanan di kedai runcit
DI negara Eropah, untuk berjimat, beli makanan di kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah kompleks membeli-belah yang ada ´grocery store.´ Masukkan semua barang yang dibeli itu ke dalam beg dan bila waktu makan, hamparkan kain sarung dan berkelah di mana-mana tempat yang menarik.Ini kerana jika makan di restoran, harganya di antara 10 dan 15 Euro seorang. Makanan halal jarang dipaparkan di menu.Di kebanyakan negara Eropah, anda mudah mendapatkan kebab, malah harganya berpatutan, antara tiga dan 12 Euro. Jimat duit, perut pon kenyang.
That's all my tips. I hope you all will enjoy your holiday, have fun guys !. Australia, Germany, Hong Kong and Los Angeles are ideal place for holidays.
No comments:
Post a Comment