Monday, 28 November 2011

Tips Melancong - Holidays Tips

Hello bloggers sekalian !
Kebelakangan ini saya sangat rajin meng'Update' blog ini ya. Mungkin dapat idea sebab selalu baca blog my idola HANIS ZALIKHA yang cantik lagi manis. I adore her. Okay, entry ini di ilhamkan kepada sesiapa sahaja untuk bacaan semata-mata. Maklumlah, sangat rajin meng'update' dan entry ni di terbitkan (cehhh! bajet penerbit majalah je) sempena CUTI SEKOLAH yang telah bermula.

Kepada sesiapa yang dapat meluangkan masa pergi bercuti ~ UNTUNGLAHHHHH korang.




ELAK PENYELUK SAKU & PERAGUT

Korang kenal apa itu PENYELUK SAKU dan PERAGUT ???

Ini lah penyeluk saku.

Ini pula peragut.


Walaupun bercuti, kita mesti nak nampak cantik, segak dan menawan bukan?. Disebabkan itu ada sesetengah orang mengenakan pelbagai barang kemasan diri.

Semua nak branded punya kan. Hee XD actually saya pon kekadang sama jugak haha.

1。Ini akan mengundang masalah kerana kita mampu menarik perhatian PENYELUK SAKU dan PERAGUT yang sentiasa memerhatikan kita. They are so CARING right?? (asyik tengok KAN kita je).

2。Untuk KESELAMATAN ketika melancong, kurang kan lah memakai barangan yang 'branded' dan for girls ! barang KEMAS yang mahal-mahal sehingga mencecah ribuan ringgit $$$ (jika ada). Gadjet yang canggih sangat pon mampu menarik perhatian si CARING itu.

GADJET pon dah bernilai **** 4 digit. Ka-ching, ka-ching $$.



3。Boleh kalau kita nak bawa gadjet ke barangan branded kesayangan, tapi please ensure that kita kena berhati-hati dan jangan cuba untuk menarik perhatian si CARING yang berlegar-legar di sekeliling.

4。Ade sesetengah pihak yang membawa dan memakai barangan yang branded serta kemasan diri hanya sekadar untuk tampak menawan. Ada juga yang berpendapat dengan memakai barangan tersebut dapat MENARIK perhatian JEJAKA dan JELITAWAN untuk jatuh hati. TAPI ! kita kena sedar, pemakaian sebegini dapat mengundang padah.

# Bagi saya kan, tak perlu pakai over-over ketika bercuti kerana bercuti untuk kita berehat dan pemakaian yang selesa dapat menaikkan lagi keceriaan ketika bercuti atau melancong.

# Tawan - menawan bukan ini masanya, kalau ade rezeki ade lah yang tersangkut, kalau x maknya x de rezekilah tu. Lagipun tawan hati orang lain dengan PERSONALITI kita yang TERSENDIRI itu lebih baik.

No comments:

Post a Comment