Monday, 7 November 2011

Rahsia Kerjaya Profisional

JURUTERBANG/PILOT
Bayangkan jika anda salah seorang dari juruterbang yang menerbangkan pesawat Airbus A320 dalam masa beberapa tahun akan datang. Rutin harian anda ialah pergi ke LCCT setiap awal pagi dengan memandu sebuah kereta import. Tiba di sana anda mendaftar masuk ke pejabat urusan juruterbang dan mendengar beberapa taklimat ringkas mengenai tugas yang perlu anda jalankan pada hari tersebut. 30 minit kemudian anda menuju ke pesawat dan masuk ke dalam dek penerbangan untuk membuat pemeriksaan sistem avionik pesawat.
Selepas memastikan semua sistem pesawat dalam keadaan baik, anda menghidupkan enjin pesawat untuk menggerakkanya ke bangunan terminal untuk mengambil penumpang dan krew penerbangan. Sebaik sahaja pintu utama kabin pesawat ditutup, anda sebagai Kapten pesawat meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas. Pesawat meluncur laju di landasan dan terbang menembusi awan ke destinasi yang hendak dituju.
Semasa penerbangan anda boleh menyaksikan keindahan pemandangan Matahari terbit di waktu pagi. Pemandangannya sangat cantik sehingga membuatkan anda berasa sangat bertuah kerana berjaya mencapai cita-cita anda menjadi seorang juruterbang dengan bayaran bulanan yang agak lumayan. Pasti anda berasa sangat bangga apabila ramai orang yang mengenali anda berasa kagum dengan keberanian anda menerbangkan sebuah pesawat berteknologi canggih menembusi langit.


Berikut ialah 4 mitos terbesar mengenai kerjaya juruterbang.

Mitos #1: Satu-satunya cara menjadi juruterbang ialah dengan menjalani temuduga dengan syarikat penerbangan.

Ramai orang cuba menjadi juruterbang dengan membuat permohonan menjadi juruterbang kadet di syarikat penerbangan. Kaedah ini sangat sukar kerana daripada setiap 16 orang calon yang ditemuduga, Malaysia Airlines System hanya memilih seorang sahaja yang terbaik untuk dilantik menjadi juruterbang kadet. Kaedah ini sangat kompetitif dan biasanya anak-anak juruterbang dan kakitangan MAS sendiri akan diberi keutamaan terlebih dahulu.

Jika anda menjalani proses temuduga dengan cemerlang, kemungkinan besar anda akan mendapat tempat menjadi juruterbang kadet. Tetapi jika tidak berjaya, anda haruslah bersedia untuk mencuba dengan menggunakan kaedah lain. Kebanyakan orang yang tidak layak memohon atau gagal dalam ujian temuduga juruterbang kadet akan terus berputus asa dan melupakan impian mereka.

Mitos #2: Hanya yang mendapat keputusan SPM sangat cemerlang sahaja layak menjadi juruterbang.

Kebanyakkan pelajar lepasan SPM akan berasa putus asa apabila mendapat keputusan yang kurang cemerlang dan terus melupakan hasrat menjadi juruterbang. Yang sebenarnya terdapat beberapa jalan lain yang masih terbuka untuk mereka tetapi memakan sedikit masa. Semuanya akan diceritakan dengan lebih terperinci di dalam eBuku Panduan Kerjaya Juruterbang Profesional.

Jalan lain ini juga boleh diaplikasikan oleh mereka yang belajar di universiti atau yang sedang bekerja tetapi merancang menjadi juruterbang pada masa akan datang.

Mitos #3: Rabun mata tidak boleh dirawat.

Salah satu syarat menjadi juruterbang ialah mempunyai tahap penglihatan mata 6/6 tanpa sebarang alat bantuan optik. Ramai yang menghadapi masalah ini dan tidak tahu bahawa penyakit rabun mata mereka boleh dirawat sebenarnya.

Rabun mata bukanlah penyakit genetik yang tidak boleh dirawat. Rabun mata hanya berlaku disebabkan tabiat permakanan yang tidak seimbang, tidak menjaga mata dengan baik atau pernah tercedera. Di dalam eBuku Panduan Kerjaya Juruterbang Profesional, anda akan didedahkan 2 rahsia mudah bagaimana untuk memulihkan tahap penglihatan mata anda sama ada dengan mengeluarkan sedikit belanja atau secara percuma.


PRAMUGARA/PRAMUGARI

Saya pasti remaja pada masa kini, amat meminati kerjaya ini. Berkerja dengan gaya penampilan yang mengagumkan anak muda, imej krew kabin ini sering menonjolkan prestij sesebuah syarikat penerbangan itu sendiri.

#Tahu banyak bahasa.
Dari sudut cabaran seorang krew kabin,perlu fasih serta menguasai banyak bahasa dan mampu bertutur dengan baik. Paling kurang anda perlu menguasai Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Tetapi adalah satu 'option' dan 'bonus' jika anda mampu menguasai bahasa Mandarin, Perancis,Arab dan sebagainya.


#Senyuman adalah penampilan utama
Jika berminat menjadi seorang krew kabin, pastikan anda pemurah dengan senyuman. Dalam apa jua situasi penampilan seseorang krew kabin itu harus lengkap dengan senyuman. Sama ada sewaktu bertugas atau pon tidak, senyuman harus terus mekar di bibir anda.

~Semoga anda gembira dengan profesion yang profisional ini. Terbang dan lebarkan sayap anda !.

No comments:

Post a Comment