Thursday, 3 November 2011

Pemakanan Seimbang

Semua orang mengetahui akan kepentingan pemakanan seimbang tetapi perkara ini lebih mudah diucap daripada diamalkan terutama dalam kalangan warga kota yang sibuk. Kini, mengamalkan pemakanan seimbang bukan hanya menjadi masalah warga kota saja namun ia turut berlaku pada penduduk di luar bandar dan di kampung. Peningkatan kadar kegemukan dan obesiti adalah petanda paling jelas menunjukkan soal keseimbangan makanan terabai. Namun, perlu diingat tidak semestinya orang yang kurus dan tiada masalah berat badan tidak mengalami perkara ini.Bagi kebanyakan orang, asal dalam sehari sajian kita mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein, kalsium dan karbohidrat sudah mencukupi. Namun, ramai lupa soal sukatan sayur dan buah harian iaitu sekurang-kurangnya lima hidangan sehari untuk mendapat semua khasiat yang diperlukan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk meningkatkan kesihatan kita perlu mengambil lebih daripada lima hidangan sayur dan buah.Selain itu, sayur dan buah yang dimakan pula perlu pelbagai. Lebih berwarna- warni seperti lampu isyarat.

Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukan setakat perlu untuk kesihatan badan, tapi ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal dan mental manusia.

No comments:

Post a Comment